Apa Nak Jadi.....
kenyataan dari seorang PM.....
courtesy dr bernama...
"Jangan Sekat Kemasukan Pekerja Mahir, Kata Abdullah
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Malaysia tidak seharusnya "terlalu menyekat" kemasukan pekerja mahir terutamanya dalam sektor strategik memandangkan ia akan memberi faedah kepada negara.
Perdana Menteri berkata beliau percaya penduduk Malaysia yang bekerja akan mendapat faedah daripada interaksi yang lebih luas dengan tenaga mahir dari luar.
"Sudah tentu, kita boleh meningkatkan diri kita sekiranya kita bekerja dan belajar dengan mereka yang berkemahiran," kata beliau dalam ucapannya yang bertemakan "Menoleh Ke belakang, Mara Ke hadapan: 50 tahun Perniagaan di Malaysia" pada majlis makan malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan pekerja mahir, beliau berkata Malaysia seharusnya membantu pelajar asing yang mahir untuk terus tinggal selepas tamat pengajian.
Abdullah berkata Malaysia perlu mendapat faedah daripada aliran modal insan sejagat.
"Saya percaya profesional Malaysia boleh setanding di kalangan kumpulan yang berkemahiran di peringkat global dan mereka kekal pekerja pilihan oleh perniagaan di Malaysia.
"Ini tidak semestinya konflik dengan dasar menarik lebih banyak pekerja asing berpengetahuan ke negara kita," katanya. "
Bilalah nak selesai masalah graduan Malaysia menganggur..kalau dah ambil graduan luar negara...
kera dihutan disusukan...anak dirumah kelaparan....sekiann
No comments:
Post a Comment